Sunday, March 30, 2008

Pameran Pengantin Malaysia 2008


Ha mari2... khusus kepada semua yang bakal nk kawin tu. Ada kesempatan sila la dtg ye... Tgk2 dulu. Pastu ikut la nk rancang lagu mana =)

Maklumat lanjut >>>

Review di RATU SEHARI >>>

Saturday, March 29, 2008

Sahabat


Apa mksd sahabat?
Apa ciri2 sahabat?

Jika ego melampaui kejujuran,
umpat dan kutuk kadang2 manis di bibir,
syak dan curiga menggoncangkan kepercayaan,
semuanya kau lakukan dibelakangku,

Takpa aku tak tahu,
Tp ya Rabb Maha Mengetahui...

Apa erti digelar sahabat?
Siapakah yg bernama sahabat?
Adakah sahabat itu kawan?
Adakah sahabat itu teman?
Adakah sahabat itu rakan?
Apa tafsiran sebenar2 untuk sahabat?

Owh Sahabat....
Mulanya ketawa dan air mata bersama,
Keserasian lambang kemesraan kita,
Bantu membantu adalah perkara biasa,
menjadi penyubur utk terus bersemangat waja,
menjadi cahaya ketika gelap gelita,
memberi dan menerima apa jua kata2.

Apa2 pun ku syukur kerna sudah mengenalimu,
Sudah ku tahu perangaimu begitu,
Aku hanya insan biasa,
Memang kau juga insan biasa,

Tidak mengapa wahai sahabat,
Luka di hati tak mudah utk diubat,
Cukuplah setakat ini kita bergelar sahabat,
Terima kasih wahai sahabat...
ahib0205 Share Everything

Wednesday, March 19, 2008

Personal Assistant (PA) cum Secretary

Assalamu'alaikum,
ADUN Batu 3 (& mungkin bakal exco Selangor), Wakil Rakyat YB (Yang Berkhidmat) Puan Rodziah Ismail sedang mencari calon untuk mengisi jawatan berikut:

Personal Assistant (PA) cum Secretary

Keutamaan diberikan kepada yang:

  • Tinggal di Shah Alam
  • Celik IT , Berdikari dan Berjiwa besar
  • Ingin berkerja untuk rakyat

Bidang tugas:

  • Pengiring YB ke mana-mana
  • Menguruskan kerja-kerja di pejabat
  • Mengatur temujanji

Bagi yang berminat untuk memohon, sila hubungi saudara Adzhar Maludin: 019-2326466 dengan kadar segera

Jemputan Majlis Perkahwinan



Happy Birthday

Selamat Hari Lahir... Selamat Hari Jadi... Happy Birthday to You... Selamat Ulang tahun.. dan bermacam2 lagi jenis ucapan yang diberikan kepada birthday boy atau birthday girl. Tak ketinggalan utk yg berkemampuan memberi hadiah dan tiup lilin pastu nyanyi lagu then potong kek... Hehehe... Tak kisah la kan. Apa yg nk kata kat sini ialah bila birthday seseorg tu lagi2 insan yg kita syg, mesti igt sungguh tarikh lahir dia kan? (Uhibbuki jiddan. Thanks for the your present and birthday card syg...)

Ok2.. Posting ni pulak bertujuan utk sama2 kita igt yg hari jadi Rasulullah S.A.W pada Khamis ni 20 March 2008 bersamaan 12 Rabiulawal. Tu pasal la kita diberi cuti beb. :) Aku lak takdak kelas smpai jumaat ni.. eh td jalan2 ternampak ada promosi perfume sempena Maulidur Rasul 2008. owh bahagianya... apa itu kebahagiaan?

Pelbagai aktiviti dirancang sempena Maulidur Rasul tahun ini. Mcm kat UMP ni antaranya ada forum, pertandingan seperti tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Azan dan pertandingan menulis Khat, perarakan, solat hajat, dan banyak lagi. So ini salah satu cara utk kita igt kat nabi kita. Simple tp payah utk kita amal ialah selawat ke atas nabi kita...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2008 :)

Pesta Buku Antarabangsa


Sebut pasal pesta pasti terbayang ramai orang. So sebut pasal pesta buku apa lagi mesti la dlm bayangan banyak buku kan? Lor.. ntah pape ntah introduction kan? Apa2 pun itu lah Pesta Buku Antarabangsa yang merupakan acara tahunan di Malaysia. Rata-rata penerbit buku Malaysia ternanti-nati untuk memperkenalkan buku terbaru mereka terutamanya. Tau info ni pulak bila nampak poster Pesta Buku Antarabangsa terpampampang megah kat papan kenyataan kat luar perpustakaan UMP tu. So apa lagi snap lah guna V3i 2nd hand yang beli aritu :P Hahaha... la ni pantang apa2 je snap sbbnya blog ahib0205 bertemakan Share Everything ni ayik ade je dlm kepala utk update share apa jua. Kalo boleh semua benda nk share. Ye ke ni?

Wokeh lah, so kepada sapa yang berkesempatan leh la dtg ye. Aku lak tak pasti lagi leh dtg ke tak. sbb akhir bulan April tu dh nk FINAL tu... wazza..

4 - 13 April 2008
Isnin - Khamis: 10.00a.m to 7.00p.m
Fri - Sun & Public holidays: 10.00a.m to 10.00p.m

Masuk FREE je!


Baca Selanjutnya...

Sunday, March 16, 2008

shuth masuk tv3


Berita temuramah & ulasan mengenai cadarshop.com dan pemiliknya di MHI, TV3

Nah tamparan hebat bahawa Internet Marketer bangsa kita telah terbukti berjaya! Mohd Suhaimy aka shuth bersama isterinya, Puan Hafezah telah ditemu bual di dalam rancangan MHI, TV3 pada 10 Mac 2008 baru-baru ini. Hanya menjual cadar bilik tidur! Dulu hanya bertapak di cadarcollection.wordpress.com dan sejak 1 Mac 2007 telah berpindah ke cadarshop.com. Hm... dalam tempoh setahun saja pelanggan tidak putus-putus terus membeli. Pasni lagi sibuk la shuth dan keluarga sbb dah masuk TV kan. Berjuta-juta penonton yang tgk tu. :) Alah la ni pun kalo sesapa nk contact shuth jgn lupa dari 9 pagi hingga 6 petang sahaja! Ala normal la waktu pejabat.

Forum wangcyber adalah Komuniti Usahawan Internet Malaysia aka kedai mamak utk blogger/usahawan internet berdiskusi. Bermulanya aku sbg blogger adalah disebabkan forum ini jugak! Syukur... Terima kasih bro.

Sesungguhnya teramatlah rugi bagi sesiapa yang tidak membuat duit dari internet kerana ianya begitu mudah!
Lebih kurang gitu la dulu ayat yang menyedarkan aku. Ye la dulu bukak je internet surfing takde tujuan. La ni memang kalo on je laptop, MONEY MONEY MONEY.

Shuth ni jugak aku kenal dulu sbb jual ebook mas kahwin. Pergh... pernah dulu ebook ni diterbitkan menjadi buku fizikal. Sampai ke hari ini ebook ni mendapat tamparan hebat dari serata dunia! Sekali lagi tahniah bro!

sempoi hosting merupakan penyedia perkhidmatan webhosting di malaysia yang profesional, murah, jimat dan mampu dimiliki. Ini matlamat mereka:

Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan "penyewaaan ruang web mampu milik" bagi semua pengguna-pengguna internet di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia secara amnya. Kami bertekad untuk memberikan sokongan teknikal yang profesional dan berkesan kepada pelanggan-pelanggan kami, dimana kakitangan sokongan kami sentiasa bersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu menerusi email bagi menguruskan segala sokongan teknikal yang diperlukan. Kami disini sentiasa fokus terhadap keperluan anda yang dinamik kerana kami memahami, kejayaan anda adalah kejayaan kami.
Mcm aku la ni focus utk AdSense. Memang satu ari aku jugak nk pernigaan sendiri. AdSense sama mcm kita bekerja bawah org jugak. Ye la kalo tutup program Google AdSense tu? kita pun akan bungkus jugak kan? So sbb tu shuth ni wat pernigaan sendiri.

Antara lain perniagaan shuth ialah set bersalin. Ada yang telah mengamalkan memberi komen bahawa pengaliran susu badan menjadi lebih lancar dan tidak lagi menghadapi masalah sembelit. Produk set bersalin itu juga membantu untuk bergerak, duduk dan berjalan tanpa sebarang kesakitan. Kesan jahitan juga mulai sembuh dalam masa 5 hari!

Perniagaan lain shuth ialah mypermatahati.com.
MyPermataHati Shop (MPH Shop) adalah sebuah projek "bekerja dari rumah" di bawah syarikat berdaftar, Extreme D Enterprise (SA0012991-A). MPH Shop mula beroperasi pada 15 Jun 2007 yang lalu...alhamdulillah, sejak itu, sambutan yang diberikan oleh para pelanggan amat menggalakkan. Dan kami telah menambah produk-produk baru dari masa ke semasa... Mulai 1 November 2007, semua para pelanggan dapat membeli-belah dengan lebih mudah kerana kami kini menggunakan konsep shopping cart...
Maaf diriku amat keletihan berniaga tadi. Dah gantok sgt ni. So sesapa nk tau lanjut leh tgk kat youtube bro shuth. Akhir kata, Marilah sama-sama kita berusaha untuk terus berniaga mencari rezeki. ..Zzzz...

P/s: Usha kat utusan.com.my

Ebook 'kurang laku' bila jual offline



Sabtu dan ahad ni kat U aku ada hari keusahawanan FKEE. Semua budak letrik tahun 3 yang amik subjek technopreneuer WAJIB kena meniaga! Muahaha... Kitorg dh dibahagikan kpd beberapa kumpulan. Mcm kumpulan aku 6 org jek ahli. Tp td yang ada dok meniaga 4 org jek sbb 2 lagi gadis bangsa india telah pulang ke kampung halaman mereka di Perak...

Mula2 group aku dh decide utk wat dedication service. Tp last2 minute tukar sbb ada lak tetiba satu group tu yg wat. Waduh salah paham telah berlaku. Malas nk pjg cerita aku dan geng aku pun last2 decide nk wat service laptop + jual ebook. So paling simple group aku la kot sbb takde modal n tak perlukan tenaga pun. Argh tak mencabar rasanya aku!

Oit korang tgk gambar atas tu ada kerepek kan atas meja aku? Tu saja aku taruk kepek aku sbb tgk kosong semacam jek atas meja tu . Last2 ada jugak beli kepek aku tu. Alhamdulillah rezeki... Owh ya, bg aku 'kurang laku' berbeza dgn 'tak laku'. Kalo nk jual ebook takat diam je tak jadi beb. Mulut kena la pandai berkata2. Alah takyah nk ayat pun. just bgtau direct apa itu google AdSense sbg cth. Hehehe.. aku saja nk try jual ebook offline mcm mana feedback. Mcm tadi apa yg aku leh simpulakan budak UMP ni demand makanan yg boleh mngenyangkan + boleh terus makan + tak ada kat UMP lagi.

Ok tu demand kat U aku kalo nk bukak gerai utk jual2 la kan. Aku igt lain kali kalo ada peluang utk berniaga lagi, aku nk kuar modal + amik pekerja utk berniaga HOT demand kat U aku tu. Eh korang rasa apa HOT DEMAND kat tmpt korang lak ye? Ebook yg aku jual mcm2 la tapi aku lebih focus on make money online with AdSense. Ada aku peratikan org singgah kat gerai aku sbb tgk perkataan MONEY kot :P hahahaha... normal la kan hot keyword tu.

Oklah td ada la 4,5 org yang berminat nak tau lbh lanjut dan aku pun terang la semua2 yg basic dulu. Aku sebolehnya memang xmalu nak share dgn semua org pasal make money online. Bukan apa at least aku ada usaha nk share. Tak mau la nanti smpai ada kata, " La napa tak bgtau aku?" Hehehe... So aku kalo apa2 je pasti akan terasa nak share. Tp jadi isu gak pasal share everything utk tema blog ahib0205 ni. Ye la kata share everything. Tp bila nk tau apa url site AdSense aku, aku tak bgtau lak. Tak share everything la mcm ni. wowowowo... agak2 la kan Share Everything pun. Eh ke share jek semua2? hm... aku nk tnya korang lagi lah tentang apa pndpt korang pasal share everything ni pulak?

Shbt ku sekalian, esok aku igt nk try jual hot demand pulak + ada idea mcm mana nk bg ebook 'amat laku' bila jual offline. Antaranya:
  • tujuk bukti pndptn aku wat duit online sbg blogger
  • wat slide tentang cara2 basic make money online
  • edar flyers bgtau pasal umum make money online dan kalo nk tau lanjut jumpa aku
  • print list ebook yang nk jual
Ha esok lah aku try wat semua2 ni. muahahaha... oklah shbt2 ku. Aku punya smgt meneruskan blog ni antaranya sbb korang semua gak! Thanks support aku :) Lets keep blogging buddy...

P/s: Antara silap besar kumupulan aku meniaga arini ialah TAK PROMOSI AWAL!

P/p/s: Tun Dr. Mahathir Mohamad dh ada facebook! Check its out HERE

Sunday, March 9, 2008

Keputusan Plihanraya Umum ke-12 (2008)



Aku sampai U aku kul 2:30 pg td. Sampai je teru on laptop utk aku surfing tentang keputusan pilihan raya umum ke-12 2008. Apa lagi aku terus tgk keputusan kat kawasan aku. Alhamdulillah syukur. Then aku tgk lak kawasan tmpt aku belajar. Alhamdulillah syukur. Lps subuh terus aku kol mak bgtau pasal keputusan. TAk semena mak mengalir air mata terharu dgn kemenangan kat tmpt sendiri. Mak terus kata nk sujud syukur jap.

Berikut adalah senarai terakhir keputusan bagi jumlah kerusi di kawasan Parlimen dan Dun setiap negeri berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Parlimen

BN : 137
BA : 82 - (PAS-23),(KeADILan-31), (DAP-28)
Jumlah kerusi : 222

* Sabah dan Sarawak masih terdapat 3 kerusi yang masih belum membuang undi.

Dewan Undangan Negeri (Dun)

*Dun Perlis : BN (14), PAS (1) jumlah kerusi = 15
*Kedah : BN (14), PAS (16), KeADILan (4), DAP (1), Bebas (1) = 36
*Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45
*Terangganu : BN (24), PAS (8); = 32
*Pulau PInang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40
*Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59
*Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2),Bebas (1), = 42
*Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10),KeADILan (4); = 36
*Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28
*Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56

Ok ni semua apa yg dh aku baca:
Aku cuba utk baca latest news kat website bn2008 tp belum diupdate. Nanti apa2 aku share lagi k.

----------------------------------------------------------------

Now aku nk jawab tag oleh webmaster utk 5 favourite sites setiap kali aku on laptop:

1) bernama.com --> sbb kerap update

2) std-comm --> utk tgk ada apa2 yg penting ke

3) google AdSense --> memang nk keep tracking so leh tambah baikkan dari semasa ke semasa

4) email --> confirm mesti kena bukak. teramat la penting

5) blogger.com --> update

Ok lah. aku nk pilih 5 sahabat aku yang bertuah pulak:

1) Truckster --> apa saje blog. blog apa saje. saje blog apa

2) knizam --> dia dh mula update pasal keputusan pilihan raya :P

3) repekan zemanoris --> pinggan mangkuk tak sempat basuh beb

4) qaiyum --> pejuang optimis ni...

5) fauzi --> hackers malaysia terulung

Lets keep blogging... :)

Sunday, March 2, 2008

Apa kesudahan peserta Akademi Al-Quran?



Apa kesudahan peserta Akademi Al-Quran? Pertanyaan ini sudah lama terdetik di hatiku sejak wujudnya rancangan Akademi Al-Quran. Akhirnya terjawab setelah aku membaca Mastika kepunyaan member aku pada tahun lepas. Jelas terdapat perbedaan yang besar antara johan Akademi Al-Quran dgn Johon Akademi Fasantia. Tapi bagi aku ini tak hairan sebab negara kita la ni hiburan adalah yang pertama!

Seperti yang kita tau, baru-baru ini telah berlangsung ujibakat Akademi Al-Quran ke-3. Selepas kelas micro C jumaat lepas, aku bergegas pergi ke KIPSAS untuk melihat secara live bacaaan peserta Akademi Al-Quran pada kali ini. (tahun lepas aku tak punya kesempatan sbb kelas full).


Perkara biasa bagi kita semua bahawa bilangan kerusi pasti akan melebihi bilangan penonton yang hadir pada event seperti ini. hahaha... so lain kali aku nak pesan kat krew tu supaya susun kerusi sikit sudah. Punya ralit aku bersembang dengan sorang brother ni rupanya dia adalah penerbit rancangan ni. Hahaha... aku pun apa lagi la interview habis-habisan. Aku ada tanya dia apa kesudahan peserta Akademi Al-Quran ni? Dia senyap tak terkata dan dia bgtau ada terbaca jugak kat mastika pasal isu nih. Hm.... lastly aku tanya dia la apa perasaan dia dah 3 tahun jadi penerbit rancangan ni. Puas! Puas! Puas! Itu yang dia ulang 3X. :) Dia puas dapat kumpul generasi muda untuk bertaranum.

So pada pendapat aku, peserta Akademi Al-Quran akan terus terkubur tak seperti peserta Akademi Fasantia. Anyway, aku syukur dgt ada jugak rancangan seperti ini kat TV. TV yang paling aku minat la ni ialah TV9. LAyanz....

 
AZ-ZAIN SHAH ALAM