Friday, April 16, 2010

TIPS UJIBAKAT IMAM MUDA



Tiga (3) Peringkat Ujibakat Imam Muda


PERINGKAT PERTAMA

a) Diuji kefasihah mereka dalam membaca surah al-Fatihah

b) Ayat-ayat lazim dan

c) Ayat-ayat tebuk (uji peringatan dan kebolehan menghafaz).

Peringkat pertama ujibakat Imam Muda adalah yang paling penting dan tidak ada kompromi!


PERINGKAT KEDUA

a) penekanan adalah lebih kepada pengetahuan umum, isu-isu semasa, penyelesaian masalah, ceramah umum

b) penguasaan bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab adalah satu bonus!

Peringkat kedua ujibakat Imam Muda ada budi bicara kerana ia boleh dididik, dibimbing dan dilatih. Insya Allah =)


PERINGKAT KETIGA

a) lebih kepada pengumpulan data-data peribadi dengan lebih teliti oleh pihak penerbitan.



Setiap peserta yang berjaya melepasi ketiga-tiga peringkat ini pula akan melalui proses pemilihan terakhir, di mana beberapa panel akan menyenarai pendek nama-nama peserta yang benar-benar berkelayakan.



Semoga berjaya kepada semua peserta yang hadir esok!

SIRI PENCARIAN IMAM MUDA


Sesi temuduga mencari peserta Siri Pencarian Imam Muda yang bertemakan Memecah Tradisi Penyiaran dengan slogan Satu Penemuan...Sebuah Perjalanan Kehidupan akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Pusat Islam Kuala Lumpur, bermula jam 8 pagi.

Alhamdulillah Sesi Uji Bakat Imam Muda di Terengganu seramai 99 peserta, Kedah 197 dan Johor Bahru 176. Jumlah peserta adalah 472 orang peserta yang telah hadir untuk mencuba. Esok bermula jam 8 pagi di Pusat Islam Kuala Lumpur.

Seperti yang dilaporkan oleh UTUSAN sebelum ini, individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari serta memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam oleh tokoh-tokoh agama serta pemimpin Islam bertauliah.

Bakal imam muda ini juga akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas seorang iman, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.

Mereka turut diuji pada setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan perihal keagamaan, kemasyarakatan serta kepimpinan.


Friday, April 9, 2010

HADIAH UTAMA JUARA IMAM MUDA


Juara Imam Muda akan mendapat Hadiah lumayan iaitu berpeluang menadapat biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.

Semangat cintakan ilmu yang tinggi di kalangan peserta adalah bukti mereka yang sanggup datang jauh untuk hadir ujibakat imam muda. Seperti yang dilaporkan di hmetro.com.my, ada yang menunggu di lokasi seawal jam 7 pagi!

Untuk makluman semua, ujibakat di Kuala Terengganu yang datang seramai 99 orang dan di Alor Setar pula 197 orang. Esok di Johor saya pasti jumlah peserta yang hadri pasti akan meningkat. Mungkin mencecah kepada 250 orang!

Tahniah kepada bakal juara Imam Muda!

Wednesday, April 7, 2010

UJIBAKAT IMAM MUDA

Kepada semua yang tahu berkenaan tarkh ujibakat esok, jangan lupa ingatkan kawan-kawan atau sedara mara kita atau suami kita untuk bersiap sedia ye. Pesan kat depa jugak supaya niat tu biar betul-betul... Kejar dunia hanya dapat dunia la jawabnya. Jika kejar akhirat, Insya Allah dunia akan datang kepada kita =)

Semoga berjaya!

Sesi Ujibakat 'Imam Muda' Zon Selatan

10 & 11 April 2010 (Sabtu – Ahad)

8.00 pagi – 5.00 petang

Dewan Besar Pusat IslamBlok A, Pusat islam Iskandar JohorJalan Masjid Abu Bakar, Johor BahruJohor Darul Takzim


P/s: Bawa salinan IC dan 2 keping gambar 4R!




IMAM MUDA

Astro Oasis terus melangkah ke hadapan berkerjasama dengan JAWI menganjurkan program IMAM MUDA. Rancangan realiti tv berimej Islam selain Akademi Al-Quran. Berikut adalah Jadual Ujibakat Imam Muda:

SUDAH LEPAS

26 & 27 Mac 2010 (Jumaat – Sabtu)8.00 pagi – 5.00 petangMasjid Abidin, Kuala TerengganuTerengganu Darul Iman

2 & 3 April 2010 ( Jumaat – Sabtu)
8.00 pagi – 5.00 petang
Masjid Zahir, Alor Setar
Kedah Darul Aman

AKAN DATANG

10 & 11 April 2010 (Sabtu – Ahad)8.00 pagi – 5.00 petangDewan Besar Pusat IslamBlok A, Pusat islam Iskandar JohorJalan Masjid Abu Bakar, Johor BahruJohor Darul Takzim

17 & 18 April 2010 ( Sabtu – Ahad)8.00 pagi – 5.00 petangDewan Jejantas,Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana50676 Kuala Lumpur

Kepada yang berminat berikut pula syarat-syaratnya:

1) Warganegara Malaysia

2) Agama Islam

3) Umur di antara 18 hingga 27 tahun

4) Bawa salinan IC

5) Bawa 2 keping gambar 4R

6) Boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.

7) Minimum SPM


Sebarang maklumat lanjut hubungi :

Ustaz Tuan Asmawi bin Tuan Umar
Pegawai Perhubungan Awam
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Tel : 03-2274 9333 H/P : 019-4567850


Siapa yang dah pergi ujibakat sila la berkongsi di sini ye =)


 
AZ-ZAIN SHAH ALAM