Sesi temuduga mencari peserta Siri Pencarian Imam Muda yang bertemakan Memecah Tradisi Penyiaran dengan slogan Satu Penemuan...Sebuah Perjalanan Kehidupan akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Pusat Islam Kuala Lumpur, bermula jam 8 pagi.
Alhamdulillah Sesi Uji Bakat Imam Muda di Terengganu seramai 99 peserta, Kedah 197 dan Johor Bahru 176. Jumlah peserta adalah 472 orang peserta yang telah hadir untuk mencuba. Esok bermula jam 8 pagi di Pusat Islam Kuala Lumpur.
Seperti yang dilaporkan oleh UTUSAN sebelum ini, individu yang terpilih bakal dihimpunkan di sebuah asrama selama tiga bulan bagi mempelajari serta memahami tentang hal-hal keagamaan dan kepimpinan Islam oleh tokoh-tokoh agama serta pemimpin Islam bertauliah.
Bakal imam muda ini juga akan menjalani dan mengikuti jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas seorang iman, pemimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
Mereka turut diuji pada setiap minggu dengan latihan amali, praktikal dan perihal keagamaan, kemasyarakatan serta kepimpinan.
1 comment:
alhamdulillah.. nampaknya masih ramai anak2 muda di Malaysia ni yg masih berminat ke arah bidang keagamaan.. bukan mudah untuk mencari pemuda2 berjiwa agama di tgh hiruk pikuk dunia skrng ni.. smoga rancangn realiti agama spt ini trus mndapat sambutan dr pemuda2 warisan negara. antara 50 program realiti tv ni, alhamdulillah, ada gak la program ke arah agama.. program yg lain?? wallahu'alam.. pandai2 la nk jawab kat akhirat nnt..
"kuatnya sesuatu bangsa bukan krn kaya negara, ttp kerana kaya anak2 muda yg berkualiti".. :)
wallahu'alam
Post a Comment