Tuesday, April 20, 2010
Friday, April 16, 2010
TIPS UJIBAKAT IMAM MUDA

SIRI PENCARIAN IMAM MUDA

Sesi temuduga mencari peserta Siri Pencarian Imam Muda yang bertemakan Memecah Tradisi Penyiaran dengan slogan Satu Penemuan...Sebuah Perjalanan Kehidupan akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Pusat Islam Kuala Lumpur, bermula jam 8 pagi.
Friday, April 9, 2010
HADIAH UTAMA JUARA IMAM MUDA

Juara Imam Muda akan mendapat Hadiah lumayan iaitu berpeluang menadapat biasiswa penuh untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi.
Semangat cintakan ilmu yang tinggi di kalangan peserta adalah bukti mereka yang sanggup datang jauh untuk hadir ujibakat imam muda. Seperti yang dilaporkan di hmetro.com.my, ada yang menunggu di lokasi seawal jam 7 pagi!
Untuk makluman semua, ujibakat di Kuala Terengganu yang datang seramai 99 orang dan di Alor Setar pula 197 orang. Esok di Johor saya pasti jumlah peserta yang hadri pasti akan meningkat. Mungkin mencecah kepada 250 orang!
Tahniah kepada bakal juara Imam Muda!
Wednesday, April 7, 2010
UJIBAKAT IMAM MUDA
Kepada semua yang tahu berkenaan tarkh ujibakat esok, jangan lupa ingatkan kawan-kawan atau sedara mara kita atau suami kita untuk bersiap sedia ye. Pesan kat depa jugak supaya niat tu biar betul-betul... Kejar dunia hanya dapat dunia la jawabnya. Jika kejar akhirat, Insya Allah dunia akan datang kepada kita =)Semoga berjaya!
Sesi Ujibakat 'Imam Muda' Zon Selatan
10 & 11 April 2010 (Sabtu – Ahad)
8.00 pagi – 5.00 petang
Dewan Besar Pusat IslamBlok A, Pusat islam Iskandar JohorJalan Masjid Abu Bakar, Johor BahruJohor Darul Takzim
P/s: Bawa salinan IC dan 2 keping gambar 4R!
