Tuesday, December 2, 2008

CariGold.com

Forum CariGold.com kini sudah boleh masuk semula setelah sekian lama menyepi... :) Untuk pengetahuan semua jika lain kali carigold.com tak boleh masuk, anda boleh cuba masuk melalui link alternatif ke carigol.com :)

Saturday, November 22, 2008

CINTA SEJATI


Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."
Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

sumber: http://www.geocities.com/Athens/Parthenon/5352/cinta.htm
RESIPI MENJAUHI PENYAKIT

Seorang tabib dihantar oleh penguasa Mesir ke Medinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan. Sepanjang dua tahun tabib itu berada di sana, tidak ada seorangpun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan apa-apa kepada penduduk Medinah.
Tabib itu berjumpa Nabi Muhammad saw untuk mendapatkan kepastian. Dia bertanya Nabi, "Adakah penduduk sini takut untuk berjumpa tabib?" Nabi menjawab "Tidak! Dengan musuh mereka tidak takut, apatah lagi dengan tabib." Tabib bertanya lagi, "Tapi mengapa sepanjang 2 tahun saya di sini, seorang pun tidak berubat dengan saya?" Nabi menjelaskan "Sebab penduduk Medinah tidak ada yang sakit." Tabib itu kurang mempercayai Nabi dan berkata, "Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit." Melihat keraguan tabib itu, Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Medinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Medinah. Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorangpun. Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.
Didorong oleh perasaan ingintahu dan kekagumannya, tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi saw. lalu berkata, "Benar seperti kata-kata baginda. Apakah petua sehingga semua penduduk Medinah sihat-sihat belaka?" Nabi menerangkan, "Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar. Dan jika kami makan, kami tidak makan sehingga terlalu kenyang. Itulah petua untuk kesihatan. Yakinilah makanan yang halal dan baik. Makanlah untuk bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu."

MORAL & IKTIBAR

Petua untuk sihat: Makan ketika lapar. Berhenti sebelum kenyang
Agama Islam suatu agama yang syumul; ia mencakupi bidang jasmani dan rohani
Semua kata-kata Nabi adalah BENAR belaka; tidak boleh mempertikannya.
Berpegang kepada ajaran Nabi membawa keselamatan bukan saja di akhirat malahan di dunia juga.
Bertawakkal kepada Allah menjauhkan diri dari menyerahkan nasib kepada selain Allah
Menyendatkan perut dengan pelbagai makanan yang banyak menyebabkan kesihatan terganggu dan mengurangkan kecerdasan otak dan jiwa.
Sebaliknya mengosongkan perut dengan amalan puasa boleh melahirkan ketajaman otak dan kejernihan jiwa.
Para Nabi dan orang-orang soleh memilih lapar di dunia supaya kenyang di akhirat.


sumber:http://www.geocities.com/Athens/Parthenon/5352/tabib.htm

Thursday, November 6, 2008

TUJUH KEAJAIBAN DUNIA

Sekumpulan pelajar kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia”. Pada awal pembelajaran, mereka diminta untuk menyenaraikan “Tujuh Keajaiban Dunia” yang mereka ketahui.Ramai daripada mereke memberi jawapan:

1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok besar China
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan jawapan para pelajar, guru tersebut memerhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan jawapannya. Jadi guru tersebut bertanya kepadanya, apakah dia mempunyai masalah?

Gadis itupun menjawab,“Ya. Saya tidak boleh memilih kerana sangat banyak keajaiban di dunia .”Guru berkata, “Baik katakan pada saya apa jawapan kamu, dan mungkin saya boleh membantu memilihnya.” Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,

1. Kebolehan melihat
2. Kebolehan mendengar
3. Kebolehan menyentuh
4. Kebolehan menyayangi

Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,

5. Kebolehan merasakan
6. Boleh Tertawa
7. Dan, boleh mencintai

Kelas tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat kepada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”.

Sementara kita lihat lagi semua yang Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai biasa”.ASTAGHFIRULLAH,

Semoga Anda hari ini diingatkan oleh segala hal yang betul-betul ajaib dalam hidup Anda.

Semoga bermanfaat kepada semua. Semoga rakan-rakan sentiasa bersemangat dan selalu BERSYUKUR :)

Friday, October 31, 2008

FINAL EXAM FEVER


Assalamu'alaikum. dah lama sgt xpost kat blog ni. maklum lah, dah smakin sibuk final year ni. skrg ni pn dok sibuk menelaah sampai penin2. hehe.. dah nak final exam. sedar xsedar, dah 3 thn stengah dah kat ump ni.. xsabar nak abes blajar.. :) smoga ALLAH mmprmudahkan jalan-jalan kejayaan utk kita semua. good luck jg kpd semua rakan2 blogger, especially yg nak amik exam tu..


blajar, slagi ada peluang nk blajar. nnt menyesal seumur hidup. jgn sia2 kan peluang yg ada. wat mana yg lebih pentng dulu. nak lg berkesan, wat list, senang crita.. tp, jgn la wat list, tp xikut plak. membazir tu nama nye.. hehe.. ok la.. slamat blajar.. jgn sia2 kan harapan mak abah n yg paling penting, harapan kita sdr.. nnt blajar punyer la lama.. tp xdapat apa2.. :) smoga berjaya semua...

Thursday, September 25, 2008

Selamat Hari Raya

Maaf Zahir & Batin







P/s: Saya sekrang selalu ada kat forum CG. Tahnks for coming here...

Sunday, August 10, 2008

To do list !!!


Hi everyone... For your information, this is the latest to do list. Hm... to do list about make money online is more longer compared that list. Hehehe... Not because i'm otai but i'm still newbie.

So no more talk for a while because my PSM (Projek Sarjana Muda) is the most important thing to do now. huhuhu... Insya Allah starting from this Disember we will start our LI (Latihan Industri). Owh ya we will invite you all to come to our wedding ceremony may be end of this year.

Lastly i really appriciate to bro shuth because of the WC gath. Thanks to all my sifu that i meet there. Hm.. may be i is the last one to update this. Ok buddy. Share Everything!

Friday, July 18, 2008

Pesanan Suami Isteri

Pesanan Untuk Para Suami Dan Isteri

Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahsia

Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh... amin...


Untuk isteri.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkawinan
membuka tabir rahasia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah... amin...


Pesanan untuk bakal isteri

Pesanan Asma' binti Kharijah Fazari kepada anak gadisnya pada hari perkahwinan anaknya itu:

"Hai anakku, kin engkau telah keluar dari sarang yang dahulu adalah tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau akan beralih ke suatu hamparan dan kediaman yang belum
engkau kenali. Dan engkau harus berkawan pula dengan seseorang yang belum engkau mesrai.
Itulah suamimu.

Jadilah engkau tanah untuknya dan dia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan dia akan menjadikan engkau sebagai tiangnya. Janganlah membebaninya dengan pelbagai kesukaran sbb itu akan menyebabkan dia meninggalkanmu. Jangan lah engkau terlalu jauh darinya agar dia tidak melupaimu. Tetapi kalau dia mendekatimu dekatilah ia; dan sekiranya dia agak menjauhmu, jauhilah dia dengan baik.

Peliharalah suamimu itu sungguh-sungguh. Hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Jangan biarkan suamimu mencium sesuatu yang tidak enak darimu kecuali yang harum-harum belaka. Jangan pula dia mendengar sesuatu kecuali yang enak-enak sahaja dan jangan biarkan dia melihat sesuatu kecuali sesuatu yang indah darimu".


Isteri Yang Menggembirakan Suami Dan Suami Yang Menggembirakan Isteri

Isteri yang dapat menggembirakan suami adalah mereka yang:

1. Yang memberi layanan yang baik kepada suami.

2. Pandai menawan pasangan dengan wajah yang ceria.

3. Bijak menjaga tubuh badannya (agar suami tertarik selalu padanya).

4. Menjaga kesihatannya (agar suami tidak bosan).

5. Memberi ketenteram kepada suaminya pada saat dia merasa takut atau tidak menentu (Nabi Muhammad saw merasa tenang apabila berada di dalam dakapan Siti Khadijah apabila dia merasa takut dan menggigil seluruh tubuh badannya pertama kali bertemu dengan Jibril).

6. Dapat memberi semangat/perangsang dan pandai menenangkan perasaannya.

7. Kreatif / sentiasa memikirkan perubahan (agar dapat menceriakan rumahtangga, kerana suami akan selalu merasa ghairah "looking forward to meet his wife").

Suami yang dapat menggembirakan isteri adalah mereka yang:

1. Akan membela isterinya bila masa dia merasa tergugat.

2. Boleh membuat keputusan (tidak hanya berserah kepada isterinya dalam semua hal).

3. Gemar melaporkan dirinya kepada isteri (ini bukan kena queen control tapi sebenarnya kerana isteri itu sayang dan bimbang tentang situasi suami).

4. Mencari nafkah untuk menyara keluarganya (bertanggungjawab).

5. Selalu menyentuh isteri dengan belaian kasih sayang (berpegangan tangan,berdakapan).

6. Membuat isteri rasa bangga (mempraktikkan "ladies first", buka pintu utk isteri, tarikkan kerusi utk isteri duduk dan sebagainya).

7. Mencari isterinya dahulu apabila pulang dari kerja (menunjukkan suami rindu dan sentiasa mengingati isteri).

8. Bersabar terhadap kelakuan isteri yang kurang disenangai lalu mendidiknya dengan sabar.

9. Bertolak ansur dan faham kepada perubahan isteri (apabila isteri didatangi haid, tertekan dan sebagainya).

10. Memahami perasaan isteri ketika menopause.


Suami isteri yang menggembirakan pasangan masing-masing:


1. Menganggap perkahwinan adalah satu jihad.

2. Perasaan ingin bersama iaitu menghabiskan masa bersama, membuat sesuatu bersama sebanyak mungkin.

3. Selalu mengingat kebaikan pasangan dan melupakan keburukan atau kejahatan pasangan (bahkan Rasulullah pernah mengusurkan agar setiap kebaikan pasangan hendaklah dicatatkan dan dibaca setiap kali pasangan melakukan kesilapan).

4. Pandai meluahkan perasaan, puji-pujian dan kata-kata yang dapat menyentuh hati pasangan (memberi ucapan contohnya "darling I love you").

5. Memanggil dengan panggilan yang manja agar pasangan terasa intim.

6. Dapat menahan telinga mendengar leteran masing-masing agar pasangan dapat meluahkan perasaan dan merasa lega (tidak terpendam di dalam hati).

Thursday, July 17, 2008

Anuar owh Anuar

Sudah semakin ramai yang menggunakan saluran internet sebagai medium untuk ikuti direct tentang makluman Bekas Timbalan Perdana Menteri kita. Anuar liwat! Anuar main punggung! Anuar owh Anuar!

Semalam ramai yang tertanya-tanya adakah sejarah lama akan berulang kerana anuar ditangkap. Tapi hari anuar telah dibebaskan pulak. Sabtu ni anuar bebas untuk bagi ceramah di serata negeri. Sabtu ni di kuantan katanya. Hm... salah ke kalo student macam aku ni nak pegi dgr caramah anuar? Pegi dengar je bukannya pegi nak berkempen. Tapi semua tu politik! Student tetap tak boleh :P

So aku la ni semester akhir dan teramat la sibuk dengan psm. psm ialah projek sarjana muda. semester ni aku amik 19 jam kredit. terasa la masa tu. Semua bisnes aku stop kecuali adsense. hehehe... ala adsense aku tak wat pa pun pelan naik jugak. tu kelebihan adsense.

Ok jumpa lagi sahabatku sekalian...

Tuesday, July 1, 2008

Lagu warisan

Lagu warisan anak kecil main api


Lagu ni aku tau masa p kursus minggu lepas. Mula2 suruh nyanyi lagu warisan tu dok terpikir lagu apa. igt rancak. pastu starting anak kecil main api. pergh.. memang slow.. tp lirik dia aku akui memang menusuk kalbu aku. so ari2 aku rasa nk dgr je lagu ni. smgt ada naik la jugak.

Terima kasih kepada giat mara. terima kasih banyak... Jasamu dikenang...

So sapa yang nk download lagu ni sila2 lah...

<<>>

P/s: Aku nak p bukak kedai ayam kampung organik ni. jemput datang kawan2 =)

http://www.azzain.com/
http://ayamkampungorganik.blogspot.com/
http://ayamorganik.com/

Friday, June 27, 2008

Wednesday, June 25, 2008

Bila patut sabar

Salam dan apa khabar shbtku sekalian? Alhamdulillah kami sihat. Post kali ini aku betul2 rasa terpanggil untuk berkongsi tentang kesabaran. Hm.. mula2 igt nk simpan je dalam hati tapi baru td terbaca posting bila patut mengalah.

Aku la ni sedang berkursus tentang web development dan publishing. eh silap, kami :P Ok, takdak masa nak merapu. hohohho... Aku hanya insan biasa. Kau hanya insan biasa. Kita hanya insan biasa. So apa2 pun ada kala kita di atas dan ada kala kita di bawah.

Dada aku serious ketika menaip posting ni rasa tercungap2 sbb geram dan geram.... Ye la org kata benda2 kecik tu beralah je lah. Sabar je. Ok sampai bila mau sabar beb? Sampai bila mau beralah? Masakan dh kena kat diri kita baru nak tergadah?

Tp bagi keadaan aku skrg ni ialah kesabaran yang aku maksudkan ialah menahan nafsu amarah. er.. nafsu tak puas ati pun ada. hahaha...

Ok, dulu ko kosong dgn ilmu (tak kisah la ilmu apa pun). Tapi la ni ko dah berjaya then ko sombong! Bukan aku tamakkan harta benda ko tu! Tapi aku cuma inginkan kejujuran dan keikhlasan kau jika kau betul2 ingin menjalinkan persahabatan. Owh terpulanglah kat ko. Apa yg aku tulis ni tentang pendapat aku.

Sudah lah malas aku nk berbicara. Cara kau berpura2 dan bg aku tak ikhlas dalam berkawan aku menyampah. Go on dgn life ko. Hahaha....

P/s: Maaf. .. tika ini aku kureng.... aku hanya insan biasa

Sunday, June 22, 2008

Sepanjang cuti semester 2 bulan

Salam.

Apa khabar shbt2 ku? Kesudahannya inilah kehidupanku selama 2 bulan lamanya cuti semester. 7 Julai dh start semester baru. Ok entry kali ni aku nak goreng sedikit sbyk tentang kehidupan aku. Sama ada aku dalam kategori ada life ke tak itu aku pun tak tau. hahaha...

Owh ya, sblm tu aku betul2 nk mintak maaf sbb aritu aku kata nk update pasal cara nk mohon kebenaran utk berniaga kat pasar tani dan cara nak wat aduan kat MBSA. Tp aku pasti akan update nanti ya...

Ayam Kampung Organik

Go bermula cuti aku bergegas pulang sbb niatku semata2 utk bantu mak ayah aku kat kedai ayam kampung organik tu. Aku dimarahi sbb tak update website ayam padahal aku beriya dulu suruh nak wat utk ayah aku. Tp terus terang aku bgtau aku looser wordpress.

5 kali aku dah wat promosi kat pasar tani stadium dan Alhamdulillah sales meningkat. Tujuan promosi ni salah satunya ialah utk bgtau bahawa kami adalah Az-Zain cawangan shah alam ada kat sec 17. Utk pengetahuan korang, sekali promosi RM50 mesti bg kat FAMA. RM30 utk sewa tapak dan RM20 utk sewa khemah. Gerai promosi ni pulak ditempatkan ujung dekat dengan dgn giant. Korang usha je khemah warna oren ha tu la gerai promosi. Kalo gerai tetap khemah warna merah. hehehee...

Google AdSense

Hehe... takde apa yg menarik cuma aku byk abiskan masa dgn menuntut dan memberi ilmu kepada shbt2 ku offline. Er.. apa catzer penah kata Webmaster is Super M? hehe... belum lagi sampai tahap tu aku ni. Speaking english pun kelam kabut. So sememangnya aku budak mentah lagi. Mamat belgium tu takde kena mengena dgn AdSense pun sbb bg dia apa sgt AdSense ni. Padahal riban2 lagi leh make money online.

Bersambung nanti.... huhuhuu

Wednesday, June 11, 2008

Debat Minyak!

IKUTI SIARAN LANSUNG

DEBAT PERDANA ISU KENAIKAN HARGA MINYAK

ANTARA Ketua Pemuda PAS, yg juga ahli Parlimen Kubang Kerian YB SALAHUDDIN AYUB dan Menteri PDN & HEP, DATO' SHARIR ABDUL SAMAD

DI RTM 1
jam 9.30 MALAM
SELASA
10/6/2008

Nak tgk ke tak? Nak ke tak? Hahahaa....

Wednesday, May 21, 2008

Pertandingan Memancing

PERTANDINGAN MEMANCING ANJURAN STESEN MINYAK PETRONAS MARANG

HADIAH KESELURUHAN = RM60000

MASA: 31-05-2008 (SABTU) (8.30PAGI - 12.30T.HARI)

LOKASI: PANTAI MARANG

PENDAFTARAN:

- DI SEMUA STESEN MINYAK PETRONAS TERENGGANU
- KEDAI² PANCING DI SELURUH TERENGGANU

YURAN:

1) RM70 - SATU JORAN
2) RM130 - DUA JORAN

PERTANYAAN:

- AIN (014-8340981)
- SHEEDA (014-8340982)
- IDRUS (017-9561485)

sumber: AssCrewz

Tuesday, May 20, 2008

Fast Posting

Salam kepada semua shbt2 ku.

Alhamdulillah ini kali pertama aku dpt update semula blog ni sejak cuti semesterku bermula seminggu yg lps. hohohoo...

Cuti lbh kurang 2 bulan kali ini aku FOCUS utk tolong mak dan abah kat kedai ayam kampung organik. hm... pasal adsense still maintain tp kekadang tu jatuh gak. pasal affiliate sikit2 je masuk. ebook pulak belum lagi. hehehe... So cuti ni bz dgn bisnes offline je... kuar umah kul 8 pagi dan balik umah kul 7:30 mlm.

Hm.. tak sempat nk bgtau korang semua ahad lepas aku, mak dan 2 org adik meniaga ayam kampung organik kat pasar tani stadium shah alam. Alhamdulillah sambutan ok. Lagi2 Dr. Zainol la ni dh masuk radio ikim.fm setiap hari selasa jam 5:15 ptg.

Owh ya, ahad ni pulak aku diberi peluang sekali lagi oleh En. Latip selaku pegawai pasar tani stadium utk meniaga lagi. Td pagi dah pergi bayar sewa tapak kat FAMA.

Ha... utk pengetahuan korang pg td jugak adalah kali ke-2 aku buat aduan kat MBSA. Aduan pasal longkang kat keliling kedai ni tersumbat dan berbau. Apa lagi, td aku beriya nk jumpa pegawai yang terlibat. Ye la dh ngadu seminggu lps. Pastu janji itu dan ini. So selanjutnya aku nk tgk sbb 22 hb ni dia janji paling lewat longkang tu akan dibersihkan.

Wokeh la shbt2... aku nk chow dulu. Ni aku online dari kedai ayam la ni. Ntah wireless sapa ntah aku connect. hehehe...

Post berikutnya insya Allah aku akan kongsikan 2 benda:
  1. Cara nak mohon utk meniaga di pasar tani FAMA
  2. Cara nk buat aduan kat MBSA
Jumpa lagi.. maaf la aku tak sempat tinggalkan komen kat blog korang. just sempat lalu2 je... huhuhu.. letih la.... er.... PSM aku? electrical simulation? Wa....

Thursday, May 8, 2008

Jawatan kosong di DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

1• JURUAUDIT GRED W41 (TETAP)– Penempatan di DBP Kuala Lumpur

Tangga Gaji :

P1T1 RM1702.81 - P1T27 RM4688.95
P2T1 RM1798.82 - P2T27 RM4968.61
P3T1 RM1899.01 - P3T27 RM5255.39

1.1 SYARAT LANTIKAN

a) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaandaripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred W41:P1T3); atau

b) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaandaripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred W41:P1T8); atau

c) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf olehKerajaan.(Gaji permulaan pada Gred W41:P1T8); atau

d) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaanserta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yangdiiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji permulaan pada Gred W41:P1T9); atau

e) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.(Gaji permulaan pada Gred W41:P1T10); danf) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus UjianLisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yangdiiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2• PENOLONG JURUAUDIT GRED W27 (TETAP)– Penempatan di DBP Kuala Lumpur

Tangga Gaji :

P1T1 RM1209.09 - P1T26 RM3031.64
P2T1 RM1278.67 - P2T26 RM3217.79
P3T1 RM1351.27 - P3T26 RM3409.80

2.1 SYARAT LANTIKAN

a) Diploma dalam bidang pengajian perakaunan, pengajian bankatau pengajian perdagangan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripadainstitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yangdiiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred W27:P1T5); atau

b) Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries andAdministrators of United Kingdom dalam bidang pentadbirankewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya olehKerajaan.(Gaji permulaan pada Gred W27:P1T8); dan

c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus UjianLisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yangdiiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3• PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17 (TETAP)- Penempatan di DBP Cawangan Sabah dan Sarawak

Tangga Gaji :

P1T1 RM1166.74 - P1T15 RM1981.96
P2T1 RM1218.17 - P2T15 RM2083.39
P3T1 RM1271.11 - P3T15 RM2189.21

3.1 SYARAT LANTIKAN

a) Tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuhKerajaan;

b) Sekurang-kurangnya mempunyai sijil AO (Sistem PepasanganKilang-kilang) yang dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrikatau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;dan

c) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

3.2 SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Tukang K2(Tukang Elektrik) yang telah disahkan dalam perkhidmatan, layakdipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan kepadajawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred R17 oleh Pihak BerkuasaMelantik, tertakluk pada kekosongan jawatan; dan

a) Mempunyai kelayakan di perenggan 3.1 (b) di atas; dan

b) Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

IMBUHAN DAN ELAUN

Calon-calon yang dilantik adalah layak menerima pelbagai kemudahan danelaun yang sedang berkuat kuasa dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (BorangPersonel 27/99). Borang boleh diperoleh dari Bahagian PengurusanPersonel, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur atau melaluipos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38sm x 25sm bersetem 40 sen dan beralamat sendiri. Pemohon juga boleh mendapatkan borangmelalui laman web http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakankepada :

KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Pengurus Personel)

Tarikh tutup permohonan pada 20 MEI 2008

Vacancy Tutor/Lecturer

Vacancy Tutor/Lecturer at UCSI

Dear fellow postgrad students,

University College Sedaya International (http://www.ucsi.edu.my/UCSI) are currently looking for postgrad students who are either:-

a) Currently pursuing their Masters of Engineering

b) Recently graduated from Masters of Engineering

c) PhD students in the field of Engineering

To join the Faculty of Engineering as Tutors (for category a) and Lecturers (categories b and c). The field of expertise are for E&E and Mechanical/Mechatronics for Tutors position, and E&E, Mechanical, Mechatronics, Telecomms etc. for Lecturers position.
Candidates who are interested may forward their CV/resume to this email: (chanwl@perdana.um.edu.my)

*Only Malaysian citizens need apply. Thank you!

Al-Fatihah...

Taqiyuddin adalah seorang penulis bebas dan adalah pengasas blog taqiyuddin.com, mula aktif dalam dunia penulisan blog pada tahun lepas tetapi hanya sebagai penulis blog percuma dan sekarang beralih kepada blog yang berbayar dan mempunyai beberapa perniagaan di internet untuk mendapat pendapatan sampingan selain daripada membantu diri sendiri untuk berjaya dalam bidang perniagaan internet. Sudah bekerja tetap dan sambilan dalam menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, minat mendalam dalam bidang penulisan dan mengucapan.


Td baru terjumpa kat forum WC kat SINI. Apa2 pun kita 'hadiah' kan dulu Al-Fatihah kpsd shbt kita ni dulu ye. Al-Fatihah...

Sejuk hati tgk ramai shbt2 online alert tentang arwah shbt kita yang tak kedekut ilmu ni. Terbayang pulak jika sy ditakdirkan pergi dulu. Hm... sy penah tanya sorg shbt sy kat UMP ni. Lebih kurang gini la perbualan kitorang:

ahib0205: dot dot dot, katakan la aku mati hari ni. agak2 hang akan doakan aku tak?
shbtku: huh, mesti la aku doakan ko!
ahib0205: owah terima kasih byk... =) er.. agak2 sampai bila ko akan doakan aku?
shbtku: hm.... mungkin selagi aku ada kat UMP ni.
.
.
.

hm.... mak selalu pesan. wat amal byk2 kat dunia ni.. nanti mati dlm kubuq tak dak sapa yang nk tolong kita... tinggal la hangpa dgn amalan ja...

ok lah. saya esok nak balik shah alam. cuti ni planning dh full.. hohoho...

P/s: sapa mau beli ayam kampung organik?=)

Sunday, May 4, 2008

Photo Competition is now opened for entry!

Theme:

Mother, Mak, Mama (...appreciation to all the mothers in the world...)

Submission period:

Now - 31st May 2008

Voting period:

Early June 2008

Prizes:

1. Winning photo with the highest votes will be showcased on the front page of PhotoMalaysia and on a sticky thread on PhotoMalaysia's Best of the Year subforum.

2. Winner will also get a Canon Selphy ES-1 Printer, sponsored by Canon Malaysia!

3. Winning photo is entitled to enter year end vote for Best of Year 2007 to win the grand prize of Canon EOS 40D Digital SLR Camera + EF-S 18-55mm F3.5-5.6 IS Lens, sponsored by Canon Malaysia!

Want to know more? <<CLICK HERE>>

Friday, April 25, 2008

Final Exam Semester 5

kat perpustakaan UMP

BEE4223 POWER ELECTRONICS & DRIVES SYSTEMS E12LB 3

Date : 28/04/2008
From : 02:30 PM
Until : 05:30 PM
Venue : WDK33

BEE3413 PRINCIPLES OF COMMUNICATION SYSTEMS E12LB 3

Date : 05/05/2008
From : 02:30 PM
Until : 05:30 PM
Venue : WDK28

BEE4323 EMBEDDED CONTROLLER TECHNOLOGY E12LB 3

Date : 06/05/2008
From : 09:00 AM
Until : 11:30 AM
Venue : WDK33

Apa khabar shbtku sekalian? Nah itu jadual exame kami. Maaf sbb tak dpt nk celoteh lbh2. Anyway thanks kepada yang lalu lalang walaupun tak tinggalkan komen. hehehe....

Wokeh lah.. gi dulu ye...

P/s: Jom stdy... er... ke nak surfing jap? nak blogging jap lah. ops... atau main pingpong? er... main DOTA? STOP! Stdy, stdy, stdy... =)


FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Anjuran Bersama: KERAJAAN NEGERI SELANGOR & JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Tajuk: MENJANA ISLAM SYUMUL DI DALANGAN UMMAH

Ahli Panel: Y.BHG DATO' DR HARON DIN Y.BHG DATUK ISMAIL KAMUS Y.BHG USTAZ ROSLAN MOHAMAD

Moderator: Y.B. DATO' DR HASAN ALI

Lokasi: STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM

Tarikh: AHAD, 27 April 2008 / 20 Rabi'ulakhir 1429H

Masa: 8.00 MALAM (dimulakan dengan Solah Isyak berjamaah)


NOTA :

Hadirin diminta datang awal, dalam keadaan berwudhuk dan membawa tikar solah sendiri. Gerai jualan makanan & minuman akan disediakan. Pihak yang berminat untuk berniaga sila hubungi 013-3600080 / 0134039760 untuk tempahan.

Vacancy for a full-time research assistant (environmental background)

Greetings,

There is vacancy for a full-time research assistant.

This vacancy is scheduled to be filled by May 2008.

Pertinent information are as follows:

  • The candidate should have a Science or Engineering degree; preferably withenvironmental background or a closely-related discipline. The ideal candidate should have a graduating CGPA of at least 3.00.
  • To be based in the Institute of Postgraduate Studies (UM) but will be conducting extensive field and laboratory work.
  • Own transport will be advantageous.
  • Disciplined, with a good command of English.

The renumeration package, etc. can be negotiated (within a reasonable sum). For more
information, please contact:

Ms. Fauziah Shahul Hamid
Institute of Biological Sciences
Faculty of Science
University of Malaya
Telephone: 03 79676739 / 03 79674631

Monday, April 14, 2008

Lelaki hamil

Waduh2... dulu ada gak dgr cerita pasal hampir nk hamil tak tau la org yang sama ke tak. Tp nah amik ko dh hamil dh pun. Wahai sahabat2 ku sekalian... syukur syukur syukur... Takde apa leh sy simpulkan lagi lps baca berita tentang mende ni...

Ops.. esok presentation techno... Jumpa lain kali... huhuhu... dh dekat 3 minggu stop blogging pasal busy tp bila dh start payah nk berenti beb. Share Everything...

FIZIKALNYA sama seperti lelaki lain — ada pertumbuhan bulu di bahagian tertentu, terutama pada janggut dan misai, namun individu bernama Thomas Beatie, 34, ini mencipta kejutan apabila disahkan hamil enam bulan.
Sumber: My Metro

Tips diet

LELAKI paling gemuk di dunia berjaya mengurangkan berat badannya hingga separuh - kira-kira 250 kilogram — selepas menjalani diet rendah karbohidrat
Info:
  • Berat asal Uribe 570 kilogram
  • Hanya bersandar di katil selama 6 tahun
  • Jalani diet ketat selama dua tahun
  • Diet sekarang, sup ikan, sebiji anggur, setengah biji epal dan 18 butir kacang
  • Enam rakannya membantu menolak katil besi beroda
Sumber: My Metro

BOIKOT PRODUK DARI BELANDA/DUTCH!!!

Kecoh dan terus kecoh pasal boikot nih. MYDIN juga turut boikot produk dari Belanda ni? Hm... dulu ada gak kecoh nk boikot ubat gigi sbb UBAT GIGI YANG BANYAK MENIMBULKAN PERSOALAN. So la ni pulak kita BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH!

Hm... pasa asa isu mcm ni, baru nak boikot,tapi bila berlalu je isu ni, kitapun ON je balik. Ke mcm mana? Kalo mcm ni gaya smpai bila rasa tak abis. Tak tau la kan. Kekadang bila pikir-pikir, terdetik bagus gak musuh2 ni buat isu: WTC, Islam, Rasulullah, Quran, and the latest is Fitna....

Ha... pastu barulah kita umat Islam satu duni terbeliak biji mata. Then, nampak jelas utk bersatu!
Begitulah adanya... So cakap byk tarak guna. Korang boikot ke tak? Saya tgk banyak produk tu ada je kat rumah saya. Tak tau la ni mak n abah dah boikot kot. Nanti balik cuti 3 bulan ni nak cek...

Sunday, April 13, 2008

shuth & irwan masuk kosmo


Semalam kawan saya kata ada masuk akhbar tentang pandangan Dr. Khir bahawa semua pemimpin UMNO mesti kena ada blog. walaweh.. buat hgn tak buat... La kita dpt lihat perubahan drastik Malaysia daripada senyap dgn blog dan hari ini blog/website menjadi keutamaan bg setiap individu.

Post pendek ni just nk share dgn shbtku semua keratan akhbar KOSMO (8 April 2008). Td baru menerjah masuk ke blog bro shuth yang hangat mempromosi buku rahsia blogger. Igt lagi sy ada share tentang kejayaan shuth masuk tv3? Irwan Dahnil pulak Raja SMS. =) Memang sejak dari mula lagi sy sering ikuti perkembangan beliau. Nah, kejayaan demi kejayaan tampil dgn usaha yang tk pernah kenal erti bosan!

P/s: huhuhu.. terpanggil utk share jugak pasal ni...

Tag + focus FINAL & PSM 2



Screenshot desktop laptop saya..

Next week dh start stdy week. Start paper final 28 hb ni. Normal kesibukan seorg pelajar universiti gini la. Sama mcm kodin yg sibuk sgt2 gak. Nah kodin tu la desktop aku la ni. Kodin lah kena tag dgn
duez-san. Kodin, tu semua latest punya keje nk kena settle. Tp selalu aku pun desktop clean je sbb aku tak show desktop icons. hehehe...

Ok lah shbtku sekalian. Apa2 pun keep in track n do the most important thing! Owh ya
Majalah IM #3 dh keluar. cepat2 la download ye. Saya tak download lagi sbb nk kena p perpustakaan baru boleh download. Maaf tak sempat nk tulis pjg. huhuhu...

FOCUS FOCUS FOCUS...

P/s: Ada apa pada DOTA? hahaha..

Manusia itu @ Sahabat itu?

Nama saja manusia,
Tetapi hati macam batu,
Ego melangkau bukit
Perasaan yang mudah perasan,

Itu aku gambarkan manusia itu,
Dulu konon kata dia sayang semua orang,
Semua orang dia hormat!
Kini, apa namanya sayang!!

Kalau perkara kecil pun dia tak hormat!

Manusia itu memang berguru kepalang ajar!
Memang, dia sangat kurang ajar,
Diberikan susu, dia balas tuba!
Manusia itu hanya fikir,
Dia saja yang paling layak dipuji dan diangkat!

Aku tak kisah kalau dia bagus,
Tapi dia baru nak bertatih, tapi dan rasa dirinya sudah boleh berjalan..
Akus sedar kalau kadang-kadang aku punyai kesilapan,
Aku juga datang hendak membaik pulih keadaan..

Tapi ego dia sekeras batu,
Baik! Jika itu egomu..
Aku juga ada ego aku!
Ego aku malah lebih keras dari besi..
Lebih kuat dari batu!

Manusia itu memang berlagak!
Sombong dan penuh tipu daya.
Dulu aku senang dengan dia,

Tapi kini dia sangat berlagak!
Langsung tiada perasaan hormat,
“jangan fikir kau bagus sangat!”
Itu yang aku nak cakap pada dia.

Aku benci manusia itu,
Dulu dia ada...
Kini pada aku dia sudah tiada…
Aku tak kisah pun..
Kerana bagi aku, hati tercalar dibuatnya..
Tak mungkin aku maafkan..

Kawan-kawan,
Jika terjumpa manusia itu,

Berhati-hatilah..
Mungkin hari ini dia manis..
Esok lusa, kalian tahulah..

Manusia itu nampak susuknya..

Manusia itu..
Tumpul dan menyakitkan

Kredit utk Raja Azrul

Sunday, March 30, 2008

Pameran Pengantin Malaysia 2008


Ha mari2... khusus kepada semua yang bakal nk kawin tu. Ada kesempatan sila la dtg ye... Tgk2 dulu. Pastu ikut la nk rancang lagu mana =)

Maklumat lanjut >>>

Review di RATU SEHARI >>>

Saturday, March 29, 2008

Sahabat


Apa mksd sahabat?
Apa ciri2 sahabat?

Jika ego melampaui kejujuran,
umpat dan kutuk kadang2 manis di bibir,
syak dan curiga menggoncangkan kepercayaan,
semuanya kau lakukan dibelakangku,

Takpa aku tak tahu,
Tp ya Rabb Maha Mengetahui...

Apa erti digelar sahabat?
Siapakah yg bernama sahabat?
Adakah sahabat itu kawan?
Adakah sahabat itu teman?
Adakah sahabat itu rakan?
Apa tafsiran sebenar2 untuk sahabat?

Owh Sahabat....
Mulanya ketawa dan air mata bersama,
Keserasian lambang kemesraan kita,
Bantu membantu adalah perkara biasa,
menjadi penyubur utk terus bersemangat waja,
menjadi cahaya ketika gelap gelita,
memberi dan menerima apa jua kata2.

Apa2 pun ku syukur kerna sudah mengenalimu,
Sudah ku tahu perangaimu begitu,
Aku hanya insan biasa,
Memang kau juga insan biasa,

Tidak mengapa wahai sahabat,
Luka di hati tak mudah utk diubat,
Cukuplah setakat ini kita bergelar sahabat,
Terima kasih wahai sahabat...
ahib0205 Share Everything

Wednesday, March 19, 2008

Personal Assistant (PA) cum Secretary

Assalamu'alaikum,
ADUN Batu 3 (& mungkin bakal exco Selangor), Wakil Rakyat YB (Yang Berkhidmat) Puan Rodziah Ismail sedang mencari calon untuk mengisi jawatan berikut:

Personal Assistant (PA) cum Secretary

Keutamaan diberikan kepada yang:

  • Tinggal di Shah Alam
  • Celik IT , Berdikari dan Berjiwa besar
  • Ingin berkerja untuk rakyat

Bidang tugas:

  • Pengiring YB ke mana-mana
  • Menguruskan kerja-kerja di pejabat
  • Mengatur temujanji

Bagi yang berminat untuk memohon, sila hubungi saudara Adzhar Maludin: 019-2326466 dengan kadar segera

Jemputan Majlis Perkahwinan



Happy Birthday

Selamat Hari Lahir... Selamat Hari Jadi... Happy Birthday to You... Selamat Ulang tahun.. dan bermacam2 lagi jenis ucapan yang diberikan kepada birthday boy atau birthday girl. Tak ketinggalan utk yg berkemampuan memberi hadiah dan tiup lilin pastu nyanyi lagu then potong kek... Hehehe... Tak kisah la kan. Apa yg nk kata kat sini ialah bila birthday seseorg tu lagi2 insan yg kita syg, mesti igt sungguh tarikh lahir dia kan? (Uhibbuki jiddan. Thanks for the your present and birthday card syg...)

Ok2.. Posting ni pulak bertujuan utk sama2 kita igt yg hari jadi Rasulullah S.A.W pada Khamis ni 20 March 2008 bersamaan 12 Rabiulawal. Tu pasal la kita diberi cuti beb. :) Aku lak takdak kelas smpai jumaat ni.. eh td jalan2 ternampak ada promosi perfume sempena Maulidur Rasul 2008. owh bahagianya... apa itu kebahagiaan?

Pelbagai aktiviti dirancang sempena Maulidur Rasul tahun ini. Mcm kat UMP ni antaranya ada forum, pertandingan seperti tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Azan dan pertandingan menulis Khat, perarakan, solat hajat, dan banyak lagi. So ini salah satu cara utk kita igt kat nabi kita. Simple tp payah utk kita amal ialah selawat ke atas nabi kita...

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2008 :)

Pesta Buku Antarabangsa


Sebut pasal pesta pasti terbayang ramai orang. So sebut pasal pesta buku apa lagi mesti la dlm bayangan banyak buku kan? Lor.. ntah pape ntah introduction kan? Apa2 pun itu lah Pesta Buku Antarabangsa yang merupakan acara tahunan di Malaysia. Rata-rata penerbit buku Malaysia ternanti-nati untuk memperkenalkan buku terbaru mereka terutamanya. Tau info ni pulak bila nampak poster Pesta Buku Antarabangsa terpampampang megah kat papan kenyataan kat luar perpustakaan UMP tu. So apa lagi snap lah guna V3i 2nd hand yang beli aritu :P Hahaha... la ni pantang apa2 je snap sbbnya blog ahib0205 bertemakan Share Everything ni ayik ade je dlm kepala utk update share apa jua. Kalo boleh semua benda nk share. Ye ke ni?

Wokeh lah, so kepada sapa yang berkesempatan leh la dtg ye. Aku lak tak pasti lagi leh dtg ke tak. sbb akhir bulan April tu dh nk FINAL tu... wazza..

4 - 13 April 2008
Isnin - Khamis: 10.00a.m to 7.00p.m
Fri - Sun & Public holidays: 10.00a.m to 10.00p.m

Masuk FREE je!


Baca Selanjutnya...

Sunday, March 16, 2008

shuth masuk tv3


Berita temuramah & ulasan mengenai cadarshop.com dan pemiliknya di MHI, TV3

Nah tamparan hebat bahawa Internet Marketer bangsa kita telah terbukti berjaya! Mohd Suhaimy aka shuth bersama isterinya, Puan Hafezah telah ditemu bual di dalam rancangan MHI, TV3 pada 10 Mac 2008 baru-baru ini. Hanya menjual cadar bilik tidur! Dulu hanya bertapak di cadarcollection.wordpress.com dan sejak 1 Mac 2007 telah berpindah ke cadarshop.com. Hm... dalam tempoh setahun saja pelanggan tidak putus-putus terus membeli. Pasni lagi sibuk la shuth dan keluarga sbb dah masuk TV kan. Berjuta-juta penonton yang tgk tu. :) Alah la ni pun kalo sesapa nk contact shuth jgn lupa dari 9 pagi hingga 6 petang sahaja! Ala normal la waktu pejabat.

Forum wangcyber adalah Komuniti Usahawan Internet Malaysia aka kedai mamak utk blogger/usahawan internet berdiskusi. Bermulanya aku sbg blogger adalah disebabkan forum ini jugak! Syukur... Terima kasih bro.

Sesungguhnya teramatlah rugi bagi sesiapa yang tidak membuat duit dari internet kerana ianya begitu mudah!
Lebih kurang gitu la dulu ayat yang menyedarkan aku. Ye la dulu bukak je internet surfing takde tujuan. La ni memang kalo on je laptop, MONEY MONEY MONEY.

Shuth ni jugak aku kenal dulu sbb jual ebook mas kahwin. Pergh... pernah dulu ebook ni diterbitkan menjadi buku fizikal. Sampai ke hari ini ebook ni mendapat tamparan hebat dari serata dunia! Sekali lagi tahniah bro!

sempoi hosting merupakan penyedia perkhidmatan webhosting di malaysia yang profesional, murah, jimat dan mampu dimiliki. Ini matlamat mereka:

Matlamat kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan "penyewaaan ruang web mampu milik" bagi semua pengguna-pengguna internet di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia secara amnya. Kami bertekad untuk memberikan sokongan teknikal yang profesional dan berkesan kepada pelanggan-pelanggan kami, dimana kakitangan sokongan kami sentiasa bersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu menerusi email bagi menguruskan segala sokongan teknikal yang diperlukan. Kami disini sentiasa fokus terhadap keperluan anda yang dinamik kerana kami memahami, kejayaan anda adalah kejayaan kami.
Mcm aku la ni focus utk AdSense. Memang satu ari aku jugak nk pernigaan sendiri. AdSense sama mcm kita bekerja bawah org jugak. Ye la kalo tutup program Google AdSense tu? kita pun akan bungkus jugak kan? So sbb tu shuth ni wat pernigaan sendiri.

Antara lain perniagaan shuth ialah set bersalin. Ada yang telah mengamalkan memberi komen bahawa pengaliran susu badan menjadi lebih lancar dan tidak lagi menghadapi masalah sembelit. Produk set bersalin itu juga membantu untuk bergerak, duduk dan berjalan tanpa sebarang kesakitan. Kesan jahitan juga mulai sembuh dalam masa 5 hari!

Perniagaan lain shuth ialah mypermatahati.com.
MyPermataHati Shop (MPH Shop) adalah sebuah projek "bekerja dari rumah" di bawah syarikat berdaftar, Extreme D Enterprise (SA0012991-A). MPH Shop mula beroperasi pada 15 Jun 2007 yang lalu...alhamdulillah, sejak itu, sambutan yang diberikan oleh para pelanggan amat menggalakkan. Dan kami telah menambah produk-produk baru dari masa ke semasa... Mulai 1 November 2007, semua para pelanggan dapat membeli-belah dengan lebih mudah kerana kami kini menggunakan konsep shopping cart...
Maaf diriku amat keletihan berniaga tadi. Dah gantok sgt ni. So sesapa nk tau lanjut leh tgk kat youtube bro shuth. Akhir kata, Marilah sama-sama kita berusaha untuk terus berniaga mencari rezeki. ..Zzzz...

P/s: Usha kat utusan.com.my

Ebook 'kurang laku' bila jual offline



Sabtu dan ahad ni kat U aku ada hari keusahawanan FKEE. Semua budak letrik tahun 3 yang amik subjek technopreneuer WAJIB kena meniaga! Muahaha... Kitorg dh dibahagikan kpd beberapa kumpulan. Mcm kumpulan aku 6 org jek ahli. Tp td yang ada dok meniaga 4 org jek sbb 2 lagi gadis bangsa india telah pulang ke kampung halaman mereka di Perak...

Mula2 group aku dh decide utk wat dedication service. Tp last2 minute tukar sbb ada lak tetiba satu group tu yg wat. Waduh salah paham telah berlaku. Malas nk pjg cerita aku dan geng aku pun last2 decide nk wat service laptop + jual ebook. So paling simple group aku la kot sbb takde modal n tak perlukan tenaga pun. Argh tak mencabar rasanya aku!

Oit korang tgk gambar atas tu ada kerepek kan atas meja aku? Tu saja aku taruk kepek aku sbb tgk kosong semacam jek atas meja tu . Last2 ada jugak beli kepek aku tu. Alhamdulillah rezeki... Owh ya, bg aku 'kurang laku' berbeza dgn 'tak laku'. Kalo nk jual ebook takat diam je tak jadi beb. Mulut kena la pandai berkata2. Alah takyah nk ayat pun. just bgtau direct apa itu google AdSense sbg cth. Hehehe.. aku saja nk try jual ebook offline mcm mana feedback. Mcm tadi apa yg aku leh simpulakan budak UMP ni demand makanan yg boleh mngenyangkan + boleh terus makan + tak ada kat UMP lagi.

Ok tu demand kat U aku kalo nk bukak gerai utk jual2 la kan. Aku igt lain kali kalo ada peluang utk berniaga lagi, aku nk kuar modal + amik pekerja utk berniaga HOT demand kat U aku tu. Eh korang rasa apa HOT DEMAND kat tmpt korang lak ye? Ebook yg aku jual mcm2 la tapi aku lebih focus on make money online with AdSense. Ada aku peratikan org singgah kat gerai aku sbb tgk perkataan MONEY kot :P hahahaha... normal la kan hot keyword tu.

Oklah td ada la 4,5 org yang berminat nak tau lbh lanjut dan aku pun terang la semua2 yg basic dulu. Aku sebolehnya memang xmalu nak share dgn semua org pasal make money online. Bukan apa at least aku ada usaha nk share. Tak mau la nanti smpai ada kata, " La napa tak bgtau aku?" Hehehe... So aku kalo apa2 je pasti akan terasa nak share. Tp jadi isu gak pasal share everything utk tema blog ahib0205 ni. Ye la kata share everything. Tp bila nk tau apa url site AdSense aku, aku tak bgtau lak. Tak share everything la mcm ni. wowowowo... agak2 la kan Share Everything pun. Eh ke share jek semua2? hm... aku nk tnya korang lagi lah tentang apa pndpt korang pasal share everything ni pulak?

Shbt ku sekalian, esok aku igt nk try jual hot demand pulak + ada idea mcm mana nk bg ebook 'amat laku' bila jual offline. Antaranya:
  • tujuk bukti pndptn aku wat duit online sbg blogger
  • wat slide tentang cara2 basic make money online
  • edar flyers bgtau pasal umum make money online dan kalo nk tau lanjut jumpa aku
  • print list ebook yang nk jual
Ha esok lah aku try wat semua2 ni. muahahaha... oklah shbt2 ku. Aku punya smgt meneruskan blog ni antaranya sbb korang semua gak! Thanks support aku :) Lets keep blogging buddy...

P/s: Antara silap besar kumupulan aku meniaga arini ialah TAK PROMOSI AWAL!

P/p/s: Tun Dr. Mahathir Mohamad dh ada facebook! Check its out HERE

Sunday, March 9, 2008

Keputusan Plihanraya Umum ke-12 (2008)



Aku sampai U aku kul 2:30 pg td. Sampai je teru on laptop utk aku surfing tentang keputusan pilihan raya umum ke-12 2008. Apa lagi aku terus tgk keputusan kat kawasan aku. Alhamdulillah syukur. Then aku tgk lak kawasan tmpt aku belajar. Alhamdulillah syukur. Lps subuh terus aku kol mak bgtau pasal keputusan. TAk semena mak mengalir air mata terharu dgn kemenangan kat tmpt sendiri. Mak terus kata nk sujud syukur jap.

Berikut adalah senarai terakhir keputusan bagi jumlah kerusi di kawasan Parlimen dan Dun setiap negeri berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Parlimen

BN : 137
BA : 82 - (PAS-23),(KeADILan-31), (DAP-28)
Jumlah kerusi : 222

* Sabah dan Sarawak masih terdapat 3 kerusi yang masih belum membuang undi.

Dewan Undangan Negeri (Dun)

*Dun Perlis : BN (14), PAS (1) jumlah kerusi = 15
*Kedah : BN (14), PAS (16), KeADILan (4), DAP (1), Bebas (1) = 36
*Kelantan : BN (6), PAS (38), KeADILan (1); = 45
*Terangganu : BN (24), PAS (8); = 32
*Pulau PInang : BN (11), PAS (1), DAP (19), KeADILan (9), = 40
*Perak : BN (28), PAS (6), DAP (18), KeADILan (7), = 59
*Pahang : BN (37), PAS (2), DAP (2),Bebas (1), = 42
*Negeri Sembilan : BN (21), PAS (1), DAP (10),KeADILan (4); = 36
*Melaka : BN (23), PAS (0), DAP (5), = 28
*Johor : BN (50), PAS (2), DAP (4); = 56

Ok ni semua apa yg dh aku baca:
Aku cuba utk baca latest news kat website bn2008 tp belum diupdate. Nanti apa2 aku share lagi k.

----------------------------------------------------------------

Now aku nk jawab tag oleh webmaster utk 5 favourite sites setiap kali aku on laptop:

1) bernama.com --> sbb kerap update

2) std-comm --> utk tgk ada apa2 yg penting ke

3) google AdSense --> memang nk keep tracking so leh tambah baikkan dari semasa ke semasa

4) email --> confirm mesti kena bukak. teramat la penting

5) blogger.com --> update

Ok lah. aku nk pilih 5 sahabat aku yang bertuah pulak:

1) Truckster --> apa saje blog. blog apa saje. saje blog apa

2) knizam --> dia dh mula update pasal keputusan pilihan raya :P

3) repekan zemanoris --> pinggan mangkuk tak sempat basuh beb

4) qaiyum --> pejuang optimis ni...

5) fauzi --> hackers malaysia terulung

Lets keep blogging... :)

Sunday, March 2, 2008

Apa kesudahan peserta Akademi Al-Quran?



Apa kesudahan peserta Akademi Al-Quran? Pertanyaan ini sudah lama terdetik di hatiku sejak wujudnya rancangan Akademi Al-Quran. Akhirnya terjawab setelah aku membaca Mastika kepunyaan member aku pada tahun lepas. Jelas terdapat perbedaan yang besar antara johan Akademi Al-Quran dgn Johon Akademi Fasantia. Tapi bagi aku ini tak hairan sebab negara kita la ni hiburan adalah yang pertama!

Seperti yang kita tau, baru-baru ini telah berlangsung ujibakat Akademi Al-Quran ke-3. Selepas kelas micro C jumaat lepas, aku bergegas pergi ke KIPSAS untuk melihat secara live bacaaan peserta Akademi Al-Quran pada kali ini. (tahun lepas aku tak punya kesempatan sbb kelas full).


Perkara biasa bagi kita semua bahawa bilangan kerusi pasti akan melebihi bilangan penonton yang hadir pada event seperti ini. hahaha... so lain kali aku nak pesan kat krew tu supaya susun kerusi sikit sudah. Punya ralit aku bersembang dengan sorang brother ni rupanya dia adalah penerbit rancangan ni. Hahaha... aku pun apa lagi la interview habis-habisan. Aku ada tanya dia apa kesudahan peserta Akademi Al-Quran ni? Dia senyap tak terkata dan dia bgtau ada terbaca jugak kat mastika pasal isu nih. Hm.... lastly aku tanya dia la apa perasaan dia dah 3 tahun jadi penerbit rancangan ni. Puas! Puas! Puas! Itu yang dia ulang 3X. :) Dia puas dapat kumpul generasi muda untuk bertaranum.

So pada pendapat aku, peserta Akademi Al-Quran akan terus terkubur tak seperti peserta Akademi Fasantia. Anyway, aku syukur dgt ada jugak rancangan seperti ini kat TV. TV yang paling aku minat la ni ialah TV9. LAyanz....

Sunday, February 24, 2008

Seminar Pengenalan PERCUMA!

Ini jadual latest RoadTour Akademi Frontline:

23/2/08 - Hotel Flamingo, Ampang Kuala Lumpur
04/03/08- Hotel Seri Malaysia, Alor Setar
05/03/08- Hotel Pearl View, Seberang Perai
06/03/08- Hotel Seri Malaysia, Alor Setar
11/03/08-Hotel Perdana, Kota Bharu
12/03/08 – Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu
13/03/08 - Hotel CitiView Kuantan

Masa seminar ialah pada pukul 8malam.

Sebab anda perlu daftar segera:

  • hanya 100 tempat sahaja untuk setiap sesi yang dijalankan!
  • Program Mentor Jutawan menyediakan :
    * Perniagaan
    * Modal
    * Pasaran
    * Latihan dan bimbingan
    * Keahlian Kelab Usahawan Frontline
  • 12 Bulan Latihan Secara Praktikal
P/s: Aku igt nak p pada 13 hb tu :). Jom la rama2 kita hadir seminar percuma ni. Mintk maaf sebab tak dapat nak ulas lanjut sebab terlalu sibuk dengan TEST. Apa2 boleh tanya k :)

Maklumat lanjut:

1) akedemi-frontline.com
2) blog program mentor jutawan
3) blog ahmn77

ahib0205
Share Everything

Career Carnival 2008

THE Star-Jobs Online team will be rolling into Universiti Tenaga Nasional’s Career Carnival ’08 on Feb 25 and 26.

Undergraduates who would like to get a head start in the job market should check out what Star-Jobs has to offer! Stop by our booth and you’ll be able to get some advice from our team, as well as register with the website that matches you to the right job fit.

There will also be a talk on Be a star jobseeker on Feb 25. Those who attend the free talk will receive nuggets of information on how to job-hunt effectively.

The career carnival will be held at Uniten’s Putrajaya Campus in Kajang. See you there!

Source: The Star Online

ahib0205
Share Everything

Monday, February 4, 2008

ahib0205

Salam dan selamat sejahtera

Harap maaf. blog ahib0205.blogspot.com ini sudah tiada atas sbb peribadi.

Terima kasih banyak khas kepada sahabatku kerana telah sudi datang ke blog ini. Sy stop utk blog peribadi ini. Anyway i will keep blogging but not like before. Sorry to say buddy...

Semuanya yg baik itu hanya drpd ALlah S.W.T dan yang kurang itu berpunca drpd insan biasa selaku hamba Allah.

Kita hanya merancang dan dalam banyak-banyak perancangan itu, perancangan Allah adalah yg terbaik!

Kepada sahabatku teruskan blogging... ukhwah fillah :)
 
AZ-ZAIN SHAH ALAM