Thursday, May 8, 2008

Jawatan kosong di DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

1• JURUAUDIT GRED W41 (TETAP)– Penempatan di DBP Kuala Lumpur

Tangga Gaji :

P1T1 RM1702.81 - P1T27 RM4688.95
P2T1 RM1798.82 - P2T27 RM4968.61
P3T1 RM1899.01 - P3T27 RM5255.39

1.1 SYARAT LANTIKAN

a) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaandaripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred W41:P1T3); atau

b) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaandaripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan ataukelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred W41:P1T8); atau

c) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf olehKerajaan.(Gaji permulaan pada Gred W41:P1T8); atau

d) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaanserta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yangdiiktiraf oleh Kerajaan.(Gaji permulaan pada Gred W41:P1T9); atau

e) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.(Gaji permulaan pada Gred W41:P1T10); danf) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus UjianLisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yangdiiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2• PENOLONG JURUAUDIT GRED W27 (TETAP)– Penempatan di DBP Kuala Lumpur

Tangga Gaji :

P1T1 RM1209.09 - P1T26 RM3031.64
P2T1 RM1278.67 - P2T26 RM3217.79
P3T1 RM1351.27 - P3T26 RM3409.80

2.1 SYARAT LANTIKAN

a) Diploma dalam bidang pengajian perakaunan, pengajian bankatau pengajian perdagangan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripadainstitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yangdiiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan pada Gred W27:P1T5); atau

b) Licentiate of the Chartered Institute of Secretaries andAdministrators of United Kingdom dalam bidang pentadbirankewangan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya olehKerajaan.(Gaji permulaan pada Gred W27:P1T8); dan

c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus UjianLisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yangdiiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

3• PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17 (TETAP)- Penempatan di DBP Cawangan Sabah dan Sarawak

Tangga Gaji :

P1T1 RM1166.74 - P1T15 RM1981.96
P2T1 RM1218.17 - P2T15 RM2083.39
P3T1 RM1271.11 - P3T15 RM2189.21

3.1 SYARAT LANTIKAN

a) Tamat Tingkatan III sekolah menengah rendah bantuan penuhKerajaan;

b) Sekurang-kurangnya mempunyai sijil AO (Sistem PepasanganKilang-kilang) yang dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrikatau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;dan

c) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

3.2 SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Tukang K2(Tukang Elektrik) yang telah disahkan dalam perkhidmatan, layakdipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan kepadajawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred R17 oleh Pihak BerkuasaMelantik, tertakluk pada kekosongan jawatan; dan

a) Mempunyai kelayakan di perenggan 3.1 (b) di atas; dan

b) Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

IMBUHAN DAN ELAUN

Calon-calon yang dilantik adalah layak menerima pelbagai kemudahan danelaun yang sedang berkuat kuasa dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

CARA MEMOHON

Pemohon hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (BorangPersonel 27/99). Borang boleh diperoleh dari Bahagian PengurusanPersonel, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur atau melaluipos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38sm x 25sm bersetem 40 sen dan beralamat sendiri. Pemohon juga boleh mendapatkan borangmelalui laman web http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakankepada :

KETUA PENGARAH,
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
PETI SURAT 10803,
50926 KUALA LUMPUR.
(u.p.: Pengurus Personel)

Tarikh tutup permohonan pada 20 MEI 2008

2 comments:

deennasour said...

hoho,
bro!
nak apply ke?
good luck la

Princess Liyana said...

good luck:)

 
AZ-ZAIN SHAH ALAM